KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
Binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
Benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
Tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),Seremban (bandar),Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),Rentong (novel),Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana(kereta), Pilot(pen), Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunankeretabukusekolah
Bangunan Tabung HajiProton SagaBahasa MelayuS.K. Darau
Orang
doktorkeranigurubudak lelaki
Doktor EfendiPuan ZainunCikgu AzmiMuhamad Fauzi
Binatang
kucinglembukatakayamburung
Si TompokLembu SapiKatak PuruAyam BelandaBurung Murai
Tempat
negeribandarkampungtasek
TerengganuJertehKampung Pasir AkarTasek Perdana
Tumbuhan
pisangcilijambulimau
Pisang EmasCili PadiJambu BatuLimau Kasturi
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peragalatihbawalawan
peragawatilatihanpembawaanperlawanan
kata sendi
olehuntuk
perolehanperuntukan
kata nama
lombongrumahguru
perlonbonganperumahanperguruan
kata adjektif
cantikbesartinggi
kecantikanpembesarketinggian
KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
7.3 Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan
Kata Adjektif ( Kata Sifat )
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
2. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.
2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan
4. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar; (d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; (f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal; (g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira; (h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat; (i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih
perkataan, frasa, atau ayat.
KATA TUGAS
Kata tugas tidak dapat berdiri dengan sendirinya kerana tidak mempunyai makna tersendiri. Kata Tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu. Jenis - jenis kata tugas adalah seperti berikut;
1. Kata Sendi Nama
2. Kata Hubung
3. Kata Bantu
4. Kata Seru
5. Kata Tanya
6. Kata Bilangan
7. Kata Nafi
8. Kata Pemeri
9. Kata Penguat
10. Kata Penegas
KATA GANDA
1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan. Contoh :
Gandaan kata nama
Gandaan Kata kerja
Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat
sama ada sebahagian atau seluruhnya.
2. Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.
Kata Ganda Seluruh
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Senarai Kata Ganda Seluruh alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
2 Kata Ganda Semu
1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3. Kata ganda semu terdiri daripada kata name.
Senarai Kata Ganda Semu
agaragar analanal angkutangkut antinganting biribiri bulibull dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput jentikjentik kanakkanak kisikisi kunangkunang
kudakuda kupukupu kurakura labahlabah layanglayang oleholeh ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams sumpahsumpah ubunubun umangumang undangundang
3 Kata Ganda Separa
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga
4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batan
anak-pinak
bolak-batik
beli-belah
calar-balar
compang-camping
bengkang-bengkok
cerai-berai
dolak-dalik
corat-coret
comot-momot
gopoh-gapah
degap-degup
gotong-royong
gunung-ganang
dentam-dentum
karut-marut
haru-biru
desas-Jesus
kaya-raya
huru-hara
gembar-gembur
kuih-muih
huyung-hayang
gerak-geri
pindah-randah
kacau-bilau
Gandaan Separa Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki
bebola
lelabah
pepohon
jejari
kekuda
jejentik
kekabu
dedaun
kekisi
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk
batu-bata
saudara-mara
bukit-bukau
kacau-bilau
tunggang-langgang
tanah-tanih
semak-samun
bengkang-bengkok
gelap-gelita
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu
tolong-menolong
jahit-menjahit
tarik-menarik
kejar-mengejar
sulam-menyulam
tawar-menawar
kata-mengata
sepak-menyepak
karang-mengarang
tari-menari
tangis-menangis
rampas-merampas
tumbuk-menumbuk
simpan-menyimpan
Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.
contoh
Jangan
Sila
tolong
Harap
usah
jemput
Minta
Contoh ayat
1. Jangan tolak meja itu ke situ.
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.
Kata Keterangan
1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.
2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:
(a) Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)
(b) Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)
2. Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.
Contoh
cara / gaya
begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,
1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.
2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktu
akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam
1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.
2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Nafi
bukan, tidak, kecuali
1. Orang itu tidak tinggal di sini.
2. Anak kecil ini bukan anaknya.
Tanya
mengapa, bagaimana, bila
1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?
2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragam
mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu
1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.
2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.
Darjah / kata penguat
amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau
1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.
2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.
Aspek
belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali
1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.
2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.
Jenis Kata Keterangan
Penggunaan dan Contohnya
Ayat Contoh
Kata Keterangan Cara
untuk menerangkan cara
Contoh: begini, begitu,betapa, demikian, dan sebagainya
1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu melihat kejayaan abang.
2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak.
Kata Keterangan Bantu
untuk menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan
Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya
1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.
2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak.
Kata Keterangan Masa
untuk menerangkan masa
Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya
1. Saya harus pergi sekarang.
2. Encik Gan akan bertolak esok.
Kata Keterangan Tanya
untuk menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab
Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya
1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan?
2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu?
3. Mengapakah ayah lambat pulang?
Kata Keterangan Darjah
untuk menerangkan darjah kata adjektif
Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya
1. Kelakuan budak itu agak ganjil.
2. Sedap betul masakan di restoran itu.
3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
Kata Keterangan Nafi
untuk menafikan atau menyangkal
Contoh: bukan, tak, atau tidak
1. Dia bukan orang kampung itu.
2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam.
Kata Keterangan Tak Tentu
untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti
Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan sebagainya
1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah tersesat.
2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
kata Keterangan Penegas
untuk menyatakan penegasan
Contoh: hanya, jua
Dia hanya membeli sebuku roti.
Kata
Keterangan
Kekerapan
untuk menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya
Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya.
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.
Kata Keterangan Umum
untuk menyatakan sesuatu secara umum Contoh: nyaris, langsung
Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.
Kata Ganti Nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama( Orang yang bercakap )
akusayapatikhamba
kamikita
Diri Kedua( Orang yang dilawan bercakap )
awakkamuengkauencikciksaudarasaudarituanpuanandatuanku
awak semuakamu semuasaudara sekaliansaudari sekalianencik-encikcik-ciktuan-tuanpuan-puananda semuakalian
Diri Ketiga( Orang yang diceritakan halnya)
diaianyabeliaubaginda
mereka
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orangyang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidaksejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh
apa-apa
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu
Kata Pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan.
Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.
Contoh ayat
1. “Ya, saya akan datang esok”, kata Zulkefli kepada Mat Jani.
2. “Benar, merekalah yang memancing di situ”, kata Ali kepada Padin.
3. “Betul, begitulah caranya memotong bawang”, kata ibu kepada adik.
Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh
Akan
Belum
Masih
Telah
Sudah
Harus
Boleh
Dapat
Hendak
Mesti
1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.
Kata Seru
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai
untuk menyatakan perasaan sedih
Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah
untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah
untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih
untuk menyatakan perasaan marah dan benci
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh
untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai
untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
Contoh lain kata seru dan ayat
Kata Seru
maksud
Contoh ayat
wahai
menyatakan perasaan sayang atau merayu
Wahai adik ku sayang !
amboi
menunjukkan perasaan kagum
Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai
Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah
Nah, terimalah habuanmu !
aduh
perasaan sakit
Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah
perasaan hairan
Wan, cantiknya merak ini !
ceh
Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah
marah
Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis
marah atau jijik
Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh
terkejut hairan, gembira atau mengharap
Oh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh
hairan
Eh, bila ia terjadi !
syabas
gembira, puas, memuji atau ucap tahniah
Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahai
menghina
Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak
terkejut
Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha
hairan
Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah
terkejut
Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah
hairan atau marah
Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !
Kata Arah
Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.
Contoh
Atas
Bawah
Tepi
Antara
Hadapan
Utara
Sisi
Luar
1. Semua hidang itu diletakkan di atas meja.
2. Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
3. Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.
AYAT PENYATA
1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :
subjek
predikat
1. Afendi
2. Kakak
3. Ibrahim
4. Zulkfli
5. Ayam itu
guru
menyapu sampah.
bermain bola sepak.
Minum teh
asyik berkokok.
Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata;
(b) ayat tanya;
(c) ayat perintah;
(d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
(a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
Contohnya:
i. Kakak sedang menyiram bunga.
ii. Lembu itu akan dijual.
iii. Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
AYAT TANYA
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i. Berapakah harga kasut itu?
ii. Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
AYAT SERUAN
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i. Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
iii. Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
AYAT SERUAN
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i. Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
iii. Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
AYAT PERINTAH
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bunga itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang
saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)
apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)
cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)
lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.
Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof
CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
2. Dalam penulisan, tanda petik
("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ )
1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.
"Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani.
Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?"
"Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim.
“ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita.
Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.”
Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ”
“ Ayam itu lapar,” kata Asmah.
“ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.
Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam.
Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti.
Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.
Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.
Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia.
Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.
Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.
6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara
berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
saya, aku, hamba
beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok
dia, ia, nya, beliau
baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari itu
KESALAHAN UMUM TATABAHASA
1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4. Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
“Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
“Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
“Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
“Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6. Kata mereka tidak boleh diulang.
Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
1. Terdapat 6 jenis kata bilangan:
Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salaha. setengah orangb. tiap muridc. berbagai warnad. kedua mempelaibetul a. setengah-setengah orang b. tiap-tiap murid c. berbagai-bagai warna d. kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
dua setengah meter ( salah )
dua suku jam ( salah )
tiga setengah ringgit ( salah )
dua meter setengah ( betul )
dua jam suku ( betul )
tiga ringgit setengah ( betul )
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH
BETUL
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh buah kampung
segala ekor binatang
sekalian orang peserta
para orang guru
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru
3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
BETUL
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran
Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada;
ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH
BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
Devi datang dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.
3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh: a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah ) ~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah ) ~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah ) ~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah ) ~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah ) - Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah ) - Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah ) - Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Kata Kerja
1. Ada dua jenis kata kerja:
a. kata kerja transitif b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-
a. buang sampah ( salah ) membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah ) menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH
BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihati saya agar rajin belajar.
5. Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6. Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:
- tanya kepada Hamidah ( salah ) bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat ( salah ) jangan melompat ( betul )
- senyum kepada Kartina ( salah ) tersenyum kepada Kartina ( betul )
Kata Hubung
1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
2. Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
· Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH
BETUL
Apakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
Adakah benar kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?
2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH
BETUL
Syimir sudah boleh menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.
3. bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.
SALAH
BETUL
Cincin ini bukan cantik.
Kami bukan membaca buku.
Basikal ini bukan mahal.
Saya bukan duduk di situ.
Cincin ini tidak cantik.
Kami tidak membaca buku.
Basikal ini tidak mahal.
Saya tidak duduk di situ.
4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH
BETUL
Kawasan pendalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
· pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
· Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
· Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
· Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
· dua biji telur
· semua murid
· para pendidik
· pelbagai acara
· segala haiwan
· sekalian penduduk
· seluruh kawasan
3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:
· Lukisan itu cantik-cantik belaka.
· Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
· Ayam di situ gemuk-gemuk.
· Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
· Gadis di sini cantik-cantik.
· Kuih itu sedap-sedap rasanya.
· Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
· Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.
4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
· D beerti unsur yang diterangkan
· M beerti unsur yang menerangkan
Contoh:
SALAH
BETUL
lain-lain hal
Nani Kedai Roti
goreng cempedak
Maggi mi
tomato sos
mini bas
mini taman
hal-hal lain
Kedai Roti Nani
cempedak goring
mi Maggi
sos tomato
bas mini
taman mini
5. Frasa Adjektif
· Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
· Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.
· Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH
BETUL
Bangunan itu tertinggi.
Nani terpandai.
Orang itu terkuat.
Bangunan itu paling tinggi.
Nani paling pandai.
Orang itu paling kuat
· Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.
Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah ) Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah ) Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah ) Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
· Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:
SALAH
BETUL
Buah langsat ini sangat manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal sekali.
Sungguh indah nian pemandangan di situ.
Buah langsat ini manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal.
Sungguh indah pemandangan di situ.
· Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:
SALAH
BETUL
Budak itu tidak suka durian.
Nora sangat takut anjing.
Nani sangat gemar filem Hindustan.
Mereka tidak perlu pertolongan kami.
Saya benci sikapnya itu.
Budak itu tidak suka akan durian.
Nora sangat takut akan anjing.
Nani sangat gemar akan filem Hindustan.
Mereka tidak perlu akan pertolongan kami.
Saya benci akan sikapnya itu.
6. Frasa Kerja Intransitif
· Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
· Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
· Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH
BETUL
berlandaskan pada undang-undang
berbantalkan dengan lengan
berpandukan pada kamus
beratapkan dengan langit
bertilamkan dengan rumput
berlandaskan undang-undang
berbantalkan lengan
berpandukan kamus
beratapkan langit
bertilamkan rumput
Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH
BETUL
Kamu mesti ingat janji-janjimu
Kakak tidak mahu tidur sini.
Beliau akan datang kampung ini.
Nani ingin berjumpa cikgu.
Saya ingin bertemu gadis itu.
Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak tidak mahu tidur di sini.
Beliau akan datang ke kampung ini.
Nani ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
Frasa Kerja Transitif
Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH
BETUL
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu.
Kami membincangkan tentang masalah itu.
Mereka melebarkan lagi jalan itu.
Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.
Beliau turut menyentuh perkara itu.
Nora tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan masalah itu.
Mereka melebarkan jalan itu lagi.
Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah.
Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.
2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
· frasa kerja pasif diri pertama
· frasa kerja pasif diri kedua
· frasa kerja pasif diri ketiga
3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.
5. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
6. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
BETUL
diambil olehku
dibuang oleh kami
disimpan oleh kita
dihantar oleh saya
dilaksanakan oleh patik
diburu oleh hamba
kuambil
kami buang
kita simpan
saya hantar
patik laksanakan
hamba buru
7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
BETUL
ditanya oleh anda
diberikan oleh engkau
dibeli oleh kamu
dikirim oleh awak
diperintahkan oleh tuanku
dibersihkan oleh kalian
anda Tanya
engkau berikan
kamu beli
awak kirim
tuanku perintahkan
kalian bersihkan
8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.
SALAH
BETUL
beliau tulis
dia kumpulkan
mereka kutip
baginda rasmikan
ia bersihkan
ditulis oleh beliau
dikumpulkan olehnya
dikutip oleh mereka
dirasmikan oleh baginda
dibersihkan olehnya
8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
SALAH
BETUL
kami akan atasi
kita perlu tolong
saya sudah kirim
hamba akan khabarkan
patik belum laksanakan
anda mesti edarkan
engkau telah baca
kamu akan baiki
awak mesti siapkan
kalian harus bereskan
akan kami atasi
perlu kita tolong
sudah saya kirim
akan hamba khabarkan
belum patik laksanakan
mesti anda edarkan
telah engkau baca
akan kamu baiki
mesti awak siapkan
harus kalian bereskan
KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan
· Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
· Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH
BETUL
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai.
Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.
Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.
Baik yang kaya atau yang miskin datang
ke rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.
Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.
2. Ayat Pancangan
· Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskinii. Keluarga Mak Piah bahagia.
· Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH
BETUL
Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.
Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.
Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.
Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.
· Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:
SALAH
BETUL
Kami berdoa kamu berjaya.
Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.
Kami berdoa agar kamu berjaya.
Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.
3. Ayat tergantung
· Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
· Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contoh:
Budak itu / menangis.Farhana / jatuh ke dalam longkang.
· Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:
Siapakah / gadis itu.Itulah / teman saya.
· Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ ayat tergantung “
· Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.
SALAH
BETUL
Di seluruh negara mengalami banjir.
Kerana hal itu akan dibincangkan.
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak pelajar lulus dengan baik.
Ada pihak membangkang cadangan itu.
Dia yang datang kelmarin
Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan
Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah perlu kita lakukan sekarang?
Siapa kata saya berbohong?
Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih.
Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas.
Yang manakah betul?
Seluruh negara mengalami banjir.
Hal itu akan dibincangkan.
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak pelajar yang lulus dengan baik.
Ada pihak yang membangkang cadangan itu.
Dia datang kelmarin.
Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.
Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong?
Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih.
Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.
Yang manakah yang betul?
4. Ayat yang Tidak Betul Susunannya
· Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
· Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.Buku ini saya tidak mahu membaca.Yang melukis gambar ini Zainallah.Yang memukul awak siapakah?Itu pen dakwat sudah habis.Nora dan Nani baik berkawan.Majalah itu saya tidak menyimpannya.
PENGIMBUHAN
Pengimbuhan ialah proses pembentukan kata yang paling penting dalam Bahasa Melayu. Perkataan (kata dasar) yang telah menerima imbuhan disebut sebagai kata terbitan. Melalui pengimbuhan, sesuatu perkataan itu akan berubah, sama ada dari segi bentuk , tugas atau maksudnya. Pengimbuhan dalam Bahasa Melayu termasuklah ;
· Imbuhan Awalan
· Imbuhan Akhiran
· Imbuhan Apitan
IMBUHAN AWALAN
1. Imbuhan mempunyai 3 fungsi :
a] membentuk kata terbitan
b] mengubah golongan kata
c] mencipta perkataan baru
2. Dalam Bahasa Melayu imbuhan boleh dibahagikan kepada 4 jenis
IMBUHAN
awalan[ di awal perkataan ]
akhiran[ di akhir perkataan ]
apitan [ di awal dan di akhir perkataan ]
sisipan[ tersisip di tengah perkataan ]
Awalan Ber-
Awalan
catatan
contoh perkataan
ber-
wujud apabila bertemu kata akar kecuali kata akar di bawah.
Berjalan, bercukur, berkaki
bel-
wujud apabila awalan ber- bertemu dengan kata akar ajar
belajar
be-
wujud apabila kata kar bermula dengan huruf ‘ r ‘
bekerja, berumah, berada, beraja
Awalan ber- mempunyai beberapa erti iaitu
Erti
perkataan
contoh ayat
mempunyai
berbadan berduit
memakai atau menggunakan
berseluar berbedak
mengerjakan atau mengusahakan
berkebun bersawah
menghasilakn / mengeluarkan
berbuah berasap
menyatakan kumpulan
bertiga berkelompok
kena
berhujan berembun
melakukan perbuatan pada diri sendiri
bersaandar bersembunyi
melakukan sesuatu antara dua pihak
bertumbuk berlaga
tabiat pekerjaan atau kebiasaan
bertanak nasi berkirim surat
mengucapkan
berdoa berikrar
menunjukkan sesuatu sikap
berkeras berlembut
dalam keadaan
bersedih bergembira
menunjukkan ada sesuatu
berduri berbahaya
berlaku sebagai
berbomoh
Awalan ke-
Imbuhan awalan ke- berfungsi bagi membentuk kata bilangan tingkat, kata nama, dan kata bilangan himpuan.
Lima
kelima [ kata bilangan tingkat ]
tiga
ketiga [ keta bilangan himpunan ]
tua
ketua [ kata nama ]
kasih
kekasih [ kata nama ]
hendak
kehendak [ kata nama ]
Beberapa erti awalan ke-
Perkataan
Erti
kedua-dua
kelima-lima
himpunan
kelapan
kesepuluh
urutan satu persatu
diketuai
dikehendaki
yang di- …..-kan atau
di- ….. - I
Awalan se-
Erti
perkataan
seluruh
se-Malaysia
sedunia
senegara
sama
sejenis
sepadan
sebaya
satu
seribu
seratu
sekampit
sama-sama di …..
sekampung
serumah
sekelas
sama dengan
sepanjang
sebaik
seberat
Awalan ter-
1. Awalan ter- terbahagi kepada tiga jenis, iaiyu :
a] ter- adjektif
Awalan
contoh perkataan
keterangan
te-
teramai, terendam. Teroboh, terasuk
Apabila bertemu dengan kata dan huruf pangkalnya huruf ‘ r’
ter-
tersayang, tersenyum, terbawa, tercetus
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf lain selain daripada huruf ‘r’
Erti
perkataan
keterangan
paling
tertinggi
terbaik
paling tinggi
paling baik
dapat di ….. atau keupayaan
terkayuh
terdaki
dapat dikayuh
dapat diaaki
tidak sengaja di- atau men-
tergelek
terguris
tidak sengaja digelek atau menggelek
tidak sengaja diguris atau menguris
Awalan men-
Awalan me- boleh menjadi me-, men-, meng- dan menge- yang wujud berdasarkan huruf pertama yang diimbuhkan dengannya seperti di bawah :
Awalan
perkataan
keterangan
me-
meyakinkan
menganga
menyanyi
menanti
melawat
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf l,m,n,ng, ny, y, r, dan w
men + keluh = mengeluh
men + surat = menyurat
men + pilih = memilih
Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf k, s, p, dan t
huruf k menjadi ng
huruf s akan menjadi ny
huruf p bertukar menjadi m
huruf t berubah menjadi n
mem-
membawa
membaling
apabia bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf b dan f
men-
mancuba
mendarat
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf c, d, dan j
meng-
mengasah
mengikat
mengubat
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf seperti a, I, e, o, u, g, dan h
menge-
mengecap
mengecap
mengebom
mengesah
Apabila bertemu dengan kata yang terdiri daripada satu suku kata.
Awalan pen-
Awalan
Perkataan
Keterengan
pe-
pewangi
penyanyi
pelajar
pemakai
penasihat
pemusnah
Apabila beremu kata yang bermula dengan huruf m, n, l, ny, w, dan p
pem-
pemfitnah
pembohong
pembawa
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf b dan f
pen-
penjahit
pendengar
pencabar
pensyarah
Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z
peng-
pengkhayal
pengedar
pengubah
pengikut
Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf a, I, e, o, u, g, h, dan kh
penge-
pengecat
pengebom
pengetin
pengesah
Apabila bertemu dengan kata yang cuma terdiri daripada satu suku kata.
Erti
Perkataan
Keterengan
alat / perkakas
pembakar
pengasah
penukul
penapis
-alat untuk membakar
orang yang membuat
penulis
pencipta
pentadbir
prang yang menulis
susuatu yang menyebabkan jadi …..
pengasih
pemanis
pendingin
sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
Orang yang selalu atau suka …..
penidur
pemalas
perokok
orang yang suka tidur
Orang yang mempunyai sifat … .
pemalu
pemurah
pembengis
orang yang mempunyai sifat malu
milik sifat seseorang
pemuda
pembesar
oarang yang muda
orang yang besar tarafnya
Ukuran bagi waktu atau tempat
pemeluk
penanak
pelaung
seluas yang dapar dipeluk
Hasil atau kesan daripada sesuatu
penyakit
pendapat
kesan daripada sakit
Awalan per-
Awalan
Perkataan
Keterangan
pe-
pelakon
pekerja
pekedai
Apabila bertemu kata yang ada kaitan dengan kata-kata berawalan ber-
pel-
pelajar
Apabila bertemu dengan kata ‘ ajar’
per-
perburu
pertapa
pertendang
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf t dan b
Erti
Perkataan
Keterangan
Orang yang melakukan sesuatu
pelakon
pelajar
orang berlakon
Orang yang di …….
Pesalah
pesuruh
orang bersalah
Awalan memper-
Erti
Perkataan
Keterangan
menjadikan lebih
memperdalam
memperkaya
memperluas
menjadikan lebih dalam
Membahagi
memperempat
memperlapan
membahagikan kepada empat
Memperlakukan sebagai …… atau menggunakan sebagai …..
memperalat
memperisteri
memperhamba
menggunkan sebagai alat
melakukan memeperlakukan sebagai isteri
Imbuhan akhiran -wan, -wati, -ita
erti
perkataan
keterangan
bergiat dalam sesuatu bidang
olahragawatiwartawansejarahwan
seseorang perempuan yang bergiat dalam bidang olahragaseseorang yang bergiat dalam bidang penulisanseseorang yang bergiat dalam bidang sejarah
orang yang ber…..
hartawandermawan
orang yang berhartaorang yang berderma
orang yang ahli dalam sesuatu hal
budayawannegarawan
orang yang ahli dalam hal-hal budayaorang yang ahli dalam hal-hal negara
Imbuhan Apitan me- …..- i
erti
perkataan
keterangan
mengalami sifat terhadap
meragui
mencintai
mengalami sifat ragu terhap
mengalami sifat cintai
melakukan berkali-kali
memukulimenerajangi
memukul berkali-kalimenerajang berkali-kali
memiliki dan memberikan sifat
mengecapimengotori
memiliki dan memberikan sifat kecap kepadamemiliki dan memberikan sifat kotor kepada
melakukan perbuatan di ……
melaluimembatasi
melakukan perbuatan lalu di …melakukan perbuatan batas di ……
memperlakukan dengan sifat
membersihimengasari
memperlakukan dengan sifat bersihmemperlakukan dengan sifat kasar
menjadi
mengepalimembanjiri
menjadi kepalamenjadi banjir
memberikan kepada
menasihatimenghadiahi
memberikan nasihat kepadamemberikan hadiah kepada
Imbuhan Apitan Men- …..-kan
erti
perkataan
keterangan
membawa
melarikanmenerjunkan
membawa larimembawa terjun
menyebabkan
mengakibatkanmemusnahkan
menyebabkan akibatmenyebabkan musnah
menyebabkan berlaku
menjalankanmenggunakan
menyebabkan berjalanmenyebabkan berguna
menyebabkan jadi
menakutkanmerapatkan
menyebabkan jadi takutmenyebabkan jadi rapat
menganggap
membetulkanmemudahkan
menganggap betulmenganggap mudah
menjadikan sebagai
menghampakanmencalonkan
menjadikan sebagai hambamenjadikan sebagai calon
memasukkan ke dalam
membotolkanmemenjarakan
memasukkan ke dalam botolmemasukkan ke dalam penjara
menggunakan sesuatu sebagai alat dalam melakukan perbuatan
memukulkan [kayu]memancungkan
menggunakan kayu untuk pukulmenggunakan pedang untuk memancung
melakukan perbuatan untuk seseorang
mengambilkanmenjelaskan
mengambil untuk seseorangmenjelas untuk seseorang
membawa ke……
meningkatkanmenaikkan
membawa ke tingkatmembawa naik
Imbuhan apitan ke-…..an
erti
perkataan
keterangan
perihal
kepergiankehadiran
perihal pergiperihal hadir
sifat atau keadaan
kemuramankejahatan
sifat atau keadaan muramsifat atau keadaan jalur
daerah atau tempat bertugas
kerajaankedutaan
daerah rajatempat duta bertugas
hal tentang sesuatu
keagamaankeilmuan
hal tentang agamahal tentang ilmu
tampat duduk yang di ……. !
kedudukankediaman
tempat yang didudukitempat yang dialami
sesuatu / yang di ….. !
ketaatankemahuan
seseorang yang ditaatkansesuatu yang dimahukan
seperti / agak
kebiruankekuningan
sesuatu yang berwarna birusesuatu yang berwarna seakan-akan kuning
ditimpa
kehausankecurian
ditimpah rasa hausditimpa kecurian
Imbuhan Apitan Memper-…..- i
erti
perkataan
keterangan
berbuat akan/kepada/mempunyai
mempersetujui
mempelajari
bersetuju akan
belajar mengenai
menjadi…….kepada
mempertuanmemperdalangi
menjadi tuan kepada
menjadi dalang
menjadikan seseorang beroleh sesuatu
mempersenjatai
menjadikan seseorang beroleh senjata
menjadikan sesuatu/memperoleh semula
memperteguhimempereloki
menjadikan teguh semula
menjadikan elok semula
Imbuhan Apitan Memper-……-kan
kata dasar / kata akar
kata apitan memper-…..-kan
kayakenalaku
memperkayakanmemperkenalkanmemperlakukan mempel-….-kan
mempe-…..-kan
bagai
mempelbagaikan
-
-
memperagakan
erti
perkataan
keterangan
Menyebabkan sesuatu dapat
ter- atau di……
mempersembahkan
( tarian )
memperlihatkan
( kecekapannya )
menyebabkan tarian disampaikanmenyebabkan kecekapannya dapat dilihat
Menjadikan sesuatu
atau seseorang ber-….
Mempergunakan
mempersuamikan
menjadikan bergunamenjadikan bersuami
Menjadikan sesuatu sebagai
sebab berbuat
memperdebatkan
( masalah barangan tempatan )
memperbualkan ( saham )
menjadikan masalah barangan tempatan sebagai sebab untuk berdebatmenjadikan saham sebagai sebab untuk berbual
TANDA BACA
1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah :
Tanda Noktah atau titik ( . )
Tanda koma ( , )
Tanda tanya atau soal ( ? )
Tanda seruan ( ! )
Tanda sempang atau sengkang ( - )
Tanda noktah bertindih ( : )
Tanda pengikat kata atau petik ( “ “ )
Huruf Besar
Penggunaan
Contoh ayat
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.
a)Rumah itu di atas bukit.
b)Persembahan itu belum tamat.
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah
a)Yang Maha Pengasih,
b)Ampunilah hamba-mu.
c)Semoga Engkau menerima doa kami.
d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang
a)Haji Abdul Ghabur
b)Nabi Muhamad S.A.W
e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang
Profesor Ahmad Hashim
Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar
f) digunakan diawal nama khas
a) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara
g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
a)bangsa Melayu
b)orang Minangkabau
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung
a)Lembaga Urusan Tabung Haji
b)Dewan Bahasa dan Pustaka
c)Semenajung Tanah Melayu
2.1 Tanda Titik atau noktah.
Tanda titik digunakan...
Contohnya
(a), pada akhir ayat yang bukan
pertanyaan atau seruan
(a) Kereta ini baru dibeli.
(b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
(b) pada akhir singkatan nama orang
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
En. (Encik)
(c) sebelum tanda penutup kata (")
dalam cakap ajuk
Kata kakak, "Bunga itu sudah layu:"
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan
5.4, 30.2, 1 19.8
2.2 Tanda Koma (,)
Tanda koma digunakan...
Contohnya
(a)bagi mengasingkan kata yang
berturut-turut dalam satu ayat
(a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
(b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
(b)di belakang kata seru
(a) Amboi, merahnya baju kamu !
(b) Eh, Azmi rupanya !
(c)untuk menandakan tempat berhenti
sebentar.
Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
(d) di belakang kata penghubung pada
awal ayat
... Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
... Jadi, awak tidak mengaku bersalah?
(e)untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza
Rumah itu besar, tetapi tidak cantik
Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
(f)sebelum tanda pembuka kata (") dan
penutup kata (") dalam cakap ajuk
Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."
"Terima kasih," jawab Encik Abu.
2.3 Tanda Tanya (?)
Tanda tanya digunakan...
Contohnya
(a) pada akhir ayat tanya
Bilakah adik kamu akan bersekolah?
(b) pada akhir ayat tanya sebelum
tanda penutup kata (")
"Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy.
2.4 Tanda Seru (!)
Tanda seru digunakan...
Contohnya
sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat
(a) Wah, perbuatan awak sudah melampau!
(b) Siapkan kerja itu segera!
2.5 Tanda Titik Bertindih (:)
Tanda titik bertindih digunakan...
Contohnya
(a) pada akhir sesuatu penyataan
apabila diikuti oleh rangkaian
Barangbarang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul
(b) untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu
Tarikh: 3 April 2000
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan
2.6 Tanda Koma Bertitik (;)
Tanda koma bertitik digunakan
Contohnya
(a) untuk memisahkan bahagian-
bahagian ayat yang sejenis dan
setara
Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
(b) pada baris pertama pantun dua
erat
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
(c) pada baris kedua pantun empat
kerat
Kalau ada jarum patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
2.7 Tanda Sempang (-)
Tanda sempang digunakan...
Contohnya
(a) untuk menyambungkan kata yang
diulang dan kata ganda
murid-murid, riuh-rendah
(b) untuk merangkaikan:
i se dengan kata yang berikutnya yang dimulai dengan huruf besar
seMalaysia, seTanah Melayu
ii. ke- dengan angka
iii. angka dengan -an
kali yang ke-10,
tahun 1960-an
(c) memisahkan huruf kecil daripada
huruf besar
rahmat-Mu, hamba-Nya,
sinar-X
2.8 Tanda Petik ("...")
Tanda petik digunakan
Contohnya
(a) untuk mengapit petikan langsung
"Saya belum makan ibu," kata adik.
(b) pada jadual rencana, karangan,
novel, puisi, dan sebagainya
Novel "Esok Masih Ada" memenangi
hadiah pertama.
Ringkasan
Contoh ayat
Huruf Besar
1. Digunakan pada permulaan sesuatu ayat atau selepas tanda noktah.
2. Digunakan untuk menulis Kata Nama Khas
3. Digunakan pada awal menulis cakap ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan cakap ajuk.
4. Digunakan selepas tanda seruan.
a. Ibu memasak nasi.
b. Tan seorang budak yang pemalu. Dia baru pindah ke sini.
a. Amin, ketua Kelas Enam Mawar baru balik dari kampungnya di Dungun.
b. Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman.
a. Dengan lantang ibu berkata “ Bangun, kemu sudah terlewat ke sekolah.”
b. “Bilakah awak hendak ke pekan ? Hari inikah ?” tanya Burhan.
a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
Tanda noktah atau titik ( .)
1. Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat yangbukan seruan atau pertanyaan.
2. Digunakan untuk menulis huruf ringkas atau kependekan.
a. Dia baru pulang dari sekolah.
a. Kami melawat R.T.M.
a. Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K. oelh Sultan Terengganu.
Tanda koma ( , )
1. Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang sama dalam sesuatu ayat
2. Digunakan selepas kata seruan.
3. Digunakan untuk memisahkan cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat.
4. Digunakan di belakang pada kata penghubung pada awal ayat.
a. Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula, bawang, biskut, roti , dan susu.
a. Wah, bijak betul budak itu !
a. Cikgu Asrul berkata, “Tolong ambilkan buku kuning itu.”
b. “Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu,” pesan ibu.
a. Oleh itu, kita mesti bertindak dari sekarang.
b. Jadi, dia pun lari dari situ.
Tanda Tanya atau soal ( ? )
Digunakan untuk menamatkan ayat soal.
Pukul berapa dia pergi ke sana ?
Tanda Seruan ( ! )
Digunakan di hujung ayat-ayat seruan.
a. Oh, awak rupanya yang mengetuk pintu tadi !
b. Eh, bila kamu sampai !
Tanda Sempang atau Sengkang ( - )
1. Digunakan untuk menulis kata ganda.
2. Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar.
3. Digunakan untuk merangkaikan awalan ke depan angka atau nombor.
4. Digunakan untuk merangkaikan angka dengan akhiran -an.
a. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau, kuda-kuda
b. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika, Insya-Allah.
a. Ke-60, ke-10
b. Mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke - 5.
a. 60-an, 70-an, 80-an, 90-an
b. Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun 60-an.
Tanda Noktah Bertindih ( : )
1. Digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat.
2. Digunakan untuk menggantikan maksud iaitu.
3. Digunakan untuk memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan.
4. Digunakan untuk menerangkan sesuatu dalam ayat.
a. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina.
b. Kita mesti membantu orang yang dalam kesusuhan : sikap yang disukai masyarakat
a. Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke sekalah semalam ?
Sani : Saya tidak sengaja. Saya lewat bangun.
a. Di dalam beg ini ada :
i- buku
ii- pensil
iii- pembaris
iv- pemadam
Tanda Koma Bertindah ( ; )
1. Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.
2. Digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang menggunakan kata hubung.
a. Bawakan barang-barang ini dan berikan kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan penggali.
b. Kami semua lulus dalam ujian matematik ; Manisah 80 merkah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.
a. Dia seorang budak yang baik ; kami semua sayang kepadanya.
b. Buktikan kepandaian kamu ; kalahkan pasukan mereka.
Tanda Pengikat Kata atau Petik ( “ “ )
1. Digunakan untuk menulis cakap ajuk.
2. Digunakan untuk menulis nama buku, majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat.
a. “Saya hendak pergi ke perpustakaan,” kata Ghani.
b. Adnan berkata, “Sayalah pemain yang menjaringkan gol itu.”
a. Cikgu Hashimi menulis sebuah buku bertajuk, “Penggunaan Tatabahasa dalam
Sinonim
Aa
abai cuai; lalai
mengabaikan melalaikan; membiarkan
mencuaikan adu
beradu berlaga; bersabung; bertandih
tidur (digunakan untuk rajaraja)
ajaib aneh; ganjil; pelik
ajak mengajak mempelawa; mempersilakan; menjemput; mengundang
akrab ikrab; karib; rapat
alam dunia
mengalami merasai; menempuh
alih beralih berganti; berpindah; bertukar; berubah
aman damai; sentosa; tenteram
ancam
mengancam mengugut; membahayakan
aneh ajaib; ganjil; pelik
angkara kebengisan; kebuasan; kekejaman; kezaliman
angkuh bongkak; sombong
anugerah ganjaran; kurnia; pemberian
arah hala; jurusan; tujuan
arif berilmu; bijaksana; cerdik; pandai; tahu
awas hatihati; hemat; ingatingat; waspada
Bb
bagus baik; elok; indah
bahas
berbahas berdebat; berhujah
bahkan malahan
bakat kebolehan; kecekapan
dating neraca; penimbang
bakhil kedekut; lokek
dahulu awal; lampau; silam
bakti jasa; khidmat
berbakti berjasa; berkhidmat
bangkang
membangkang membantah; menentang;
mendapat memperoleh
basah berair; kuyup; lembap
basmi
membasmi membanteras; membinasakan;memusnahkan; menghapuskan
batal mansuh
bencana kecelakaan; malapetaka
bengkalai
terbengkalai gagal; terganggu; tergendala; terhenti
bentak membentak menengking; mengherdik
berkas
memberkas menahan; menangkap
bimbang cemas; khuatir; raguragu; risau
Cc
campur
bercampur berbaur; bergaul
cantum
bercantum berhubung; bersambung; bertaut
catu mencatu mengawal; menghadkan
cegah
mencegah melarang; menahan; menegah; menghalang; menyekat
cekap mahir; mampu; pandai; sanggup
cemburu curiga
cepat deras; kencang; laju: lekas; pantas; segera
cerdik berakal; bijak; pandai; pintar
cergas aktif; bertenaga; cepat; giat; tangkas
cipta
menciptakan membuat; mengadakan; menggubah; menghasilkan; menjadikan; mewujudkan
cungkil
mencungkil mengeluarkan; menggali; mengorek;
Dd
desak mendesak memaksa; menggesa
derita penderitaan kesakitan; kesengsaraan; kesusahan;seksaan
denda mendenda menghukum
daya akal; ikhtiar; jalan; kekuatan; kemampuan; muslihat
dapat berupaya; mampu; sanggup menyanggah
dakwa mendakwa mengaku; menuduh; menuntut
daif hina; lemah
didik mendidik mengajar; mengasuh; melatih
duga menduga meneka; mengagak; menguji; meramalkan
Ee
edar
beredar berkisar; berlalu; berpindahpindah
elak
mengelak menghindar
elok bagus; baik; cantik
empuk lembut; lunak
erat karib; kuat; mesra; rapat; teguh
mengeratkan menguatkan; merapatkan;meneguhkan
Ff
faedah guna; laba; manfaat; untung
faham tahu; mengerti
memahami memaklumi; mengetahui
fikir
memikirkan mempertimbangkan; menge­nang; mengingatkan; merenungkan
Gg
gagah berani; kuat; tegap
gagal kandas; kecewa; hampa
Banding
bergandingan berdampingan; berdekatan;berhampiran
ganggu
mengganggu mengacau; mengusik
ganti
berganti bertukar; berubah
gegar
bergegar bergetar; bergoncang
geletar
menggeletar gementar; menggentar;menggigil
gempar bising; hirukpikuk, riuhrendah
genap cukup;lengkap;penuh
segenap seluruh; setiap
gerun gamang; ngeri; takut
gesa
menggesa mendesak
tergesagesa terburuburu; tergegasgegas; tergopohgapah
giat aktif; bersemangat; cergas; rajin; tangkas; tekun
gubah
menggubah mengarang; mengatur; menyusun
hutan rimba
Hh
habis berakhir; selesai; tamat
habuan bahagian; hak; rezeki
hadam cerna; hancur
hadap
menghadap mengarah; menghala
menghadapi melawan; menentang
terhadap akan; kepada; tentang
hadir ada
menghadiri mengikuti; menyertai
hairan pelik; takjub; tercengang
hajat kehendak; keinginan; keperluan; maksud
niat; tujuan hal kejadian; peristiwa; perkara
hala arah
halau menghalau mengusir
hampa kecewa; kosong
hangus rentung
hantar
menghantar mengirim; mengutus
hapus lenyap; hilang; musnah
harap
mengharap berhajat; berhasrat
harmoni rukun; selaras; sesuai; tenteram
harung
mengharung menempuh
hasrat harapan; kehendak; keinginan
hela
menghela menarik; mengheret; menyerei
helah akal; dalih; muslihat; tipu daya
hentak
menghentak memijak; menekan; menghenyak; menginjak; menikam; menusuk
mencucuk; merodok
hidang
hidangan sajian
menghidangkan menyajikan; menyediakan
hinggap bertenggek; bertengger
hirup
menghirup meneguk; menghisap; menyedut
hitung
menghitung membilang; mengira
humban
menghumbankan melemparkan; melontar
il
ikal berkelokkelok; berombakombak; keriting
ikhlas jujur; tulus
ikrar janji; pengakuan; sumpah
ikut turut; bersamasama
mengikut mematuhi; menganut; mengiring; meniru; menurut
ilmu kepandaian; pengetahuan
indah cantik; molek; permai
ingkar mungkir
mengingkari memungkiri; menafikan; menyangkal
irama rentak; tempo
berirama berentak; bertempo
isi intisari; kandungan; muatan; pati
izin kebenaran; membenarkan
mengizinkan memperkenankan
Jj
jaga bangun
berjaga berkawal
berjagajaga berhatihati; berwaspada
menjaga memelihara; mengasuh; mengawal; mengawasi
menjagakan mengejutkan; menggerakkan
jajah menjajah menaklukkan; menguasai
jalin berjalin beranyam; berkaitan
menjalin menganyam; mengarang; mengatur; mengeratkan; menyusun
jangkit berjangkit menular; merebak
kejangkitan ketularan
menjangkiti menulari
menjangkitkan menularkan; merebakkan
jarang bersela; renggang
jati sejati asli; sebenarnya; tulen
jawab sahut
berjawab berbalas
menjawab membalas; menyahut
jaya kemenangan
berjaya berhasil; menang
kejayaan kemajuan; kemenangan
jejak bekas; kesan
jelak bosan; jemu; muak
jelita cantik; lawa; manis; molek
jemput
jemputan ajakan; undangan
menjemput mencekut; mengajak; mengundang; menyambut
jerat jebak; perangkap
jerumus
menjerumuskan mencelakakan; menjatuh­kan; menyesatkan
judul tajuk
jumpa
berjumpa bersua, bertemu
menjumpai mendapati; menemui; meng­alami
perjumpaan pertemuan
Kk
kabul diluluskan; diperkenankan; disetujui; tercapai
kabur kelam; pudar; samar
kaedah cars; hukum; prinsip; peraturan
kala masa; ketika; waktu
berkalakala sekahsekali; terkadangkadang
kampung desa
berkampung berhimpun; berkumpul kawan kelompok; kumpulan; rakan; sahabat; teman
kecai
berkecai hancur; remuk
kecewa gagal; hampa
kecundang kalah; tewas
kekal abadi
kelahi
berkelahi berbalah; bergaduh; bertengkar
Kelas darjah; pangkat; tingkatan; jenis
kembali batik; lagi; pulang; semula
mengembalikan memulangkan; memulihkan
kena berpadanan; berpatutan; cocok; sepadan; sesuai
kenan
berkenan gemar; sudi; suka
memperkenankan membenarkan; meng­izinkan; menyetujui
kendali
mengendalikan memimpin; mengekang; mengurus; mentadbirkan
kental pekat
kerenah kemahuan; ragam
kesan akibat; jejak; tanda
khazanah perbendaharaan
kikis
mengikis menghapuskan; menghilangkan; meluputkan
kongkong belenggu; pasung
mengongkong memasung; membelenggu
kotor cemar; keji
kuno lama; tua
kurnia anugerah
kusut bersimpulsimpul; kacau; rumit
laba faedah;guna;keuntungan
landa
melanda melanggar; merempuh
landas alas; lapik
langsai tunas; selesai; terbayar
lanjut lama; panjang
lapor
melaporkan memberitahukan; mengadukan
lawat
melawat berkunjung; berziarah
lazat enak; sedap
ledak
meledak meletup; meletus
lempar
melempar melontar; membaling
lengkap cukup
lengkok belok; kelok; keluk; lengkung
letih lenguh; lesu; litak; penal
liku kelok; selekoh
lincah cergas; pantas; tangkas
lompat loncat; lonjak
longgok timbun; tompok
luak kurang; susut
lut mempan; telap
MM
mahu hendak; rela; sanggup
kemahuan kehendak; keinginan
makam kubur
makbul kabut; terkabul; diperkenankan
maklumat keterangan; pengetahuan
malap muram; kusam; lesam; redup; suram
marah berang; gusar; meradang
maruah kehormatan
maul kematian
melarat miskin; sengsara
meleset jatuh; merosot; mundur; tergelincir
mendung muram; redup; suram
mewah makmur
misal contoh; ibarat; umpama
mogok berhenti; rosak
muafakat sepakat; setuju
muak bosan; jemu; loya; mual
muktamad pasti; tetap
mundur surut; terkebelakang; undur
muslihat helah; siasat; taktik; tipu daya
musnah binasa; rosak
mustahak penting; perlu
Nn
nafi
menafikan mengingkari; menidakkan
nahas kecelakaan; kemalangan; kesialan; malang
nasib takdir; untung
nasihat ajaran; pelajaran; peringatan; petunjuk; teguran
niat hajat; kehendak; maksud; nazar
OO
oleh
beroleh mendapat; menerima
memperoleh mencapai; mendapat
oleholeh buah tangan
perolehan hasil; pendapatan
olok
berolokolok bermainmain; bergurau; bersenda
pp
padan banding; cocok; imbangan; sesuai; tara
padu kuat; kukuh; padat; pejal; teguh
palu
memalu memukul; menghentam
pamer
memamerkan memperagakan; memperlihatkan; mempertunjukkan; menggayakan
pangkat kedudukan; taraf; tingkat
panjang lanjut
berpanjangan berterusan; berlanjutan
sepanjang sejauh
pantas cekatan; cepat; laju; layak; lekas patut; sesuai; tampan; kacak; segak
patuh menurut; taat
pawang bomoh; dukun
pedoman panduan
pelopor pengasas; perintis
penuh lengkap; padat; tumpat
perah memerah memeras; meramas
perenggan batas; penggal; sempadan
perihal keadaan; kejadian; laku; peristiwa
periksa memeriksa meneliti; mengkaji; menyelidik
peringkat had; tahap; tingkat
permai cantik; elok; indah
peroi gembur
perwira berani; gagah; pahlawan;
pinda meminda membaiki; membetulkan, mengubah
prinsip asas; dasar; pegangan
projek rancangan
Rr radas perkakas
raguragu bimbang; sangsi; syak; waswas
ramai bising; giat; riuhrendah; sibuk
rapi beres; bersih; elok; kemas; teratur; tersusun; tertib
rata datar
meratakan mendatarkan
serata seantero; segenap; seluruh
rayu merayu memujuk
rayuan permohonan; pujukan
rendang lebat; rimbun
renggang berenggang berantara; berjauhan; berpisah
resam kebiasaan; tabiat
rezeki nafkah; pendapatan; penghidupan
risiko bahaya; kerugian
rungut merungut berleter; bersungut
Ss
sabung bersabung beradu; berlaga; berlawan, bertempur; bertarung sah benar; nyata
sambut
menyambut membalas; menerima; men
jawab; menyongsong
sampai tiba
sanggup mampu; rela; sedia; sudi
sayu dukacita; hiba; pilu; rawan; sedih
sebat
menyebat memukul; merotan
segar sihat; nyaman
sejahtera aman; selamat; sentosa
selenggara
menyelenggarakan memelihara; mengerja.
kan; mengurus; merawat
seleweng
menyeleweng menyimpang
semerbak harum; wangi
senget condong; miring
sengketa perbalahan; perbantahan; perteng
karan; perselisihan; pertikaian
sengsara menderita; susah
sepatu kasut
serbu
menyerbu melanggar; menyerang
serentak bersamasama; serempak
sesak penuh; sempit; tersekat; tersumbat
silap keliru; salah
singkir
menyingkir menepi; mengelak; menghindar
sisa baki; lebihnya sua
bersua berjumpa; bertemu
sumber asal; punca
Tt
taat patuh; setia
tadbir
mentadbirkan memerintah; mengatur; mengelolakan; mengurus
takjub hairan; kagum
tamadun kebudayaan; kemajuan; peradaban
tangguh
bertangguhtangguh berlamalama;
berlambatlambat; berlengahlengah
menangguhkan menunda
taraf darjat; kedudukan; martabat; mutu
setaraf sedarjat; setara
tata tertib disiplin; peraturan
tebal lebat; padat; tumpat
tegas jelas; nyata; tentu; tepat; terang
menegaskan menerangkan; menjelaskan
tegur
menegurkan menasihati; mencela; meng­kritik; menyapa
tekad azam; kehendak; kemahuan
bertekad berazam; bermaksud; berniat
telatah gerakgeri; kelakuan; perangai; tingkah laku
tembung
bertembung berlanggar; bertemu; ter­serempak
tempang capik; pincang
tenaga days; kekuatan
bertenaga berdaya; giat; kuat
tenteram aman; sentosa; tenang
terbit
menerbitkan membangkitkan; mengeluar­kan; menghasilkan; menyiarkan
tetangga jiran
timpal
setimpal sebanding; seimbang; setimbal
Uu
ucap
berucap bercakap;bersyarah
mengucapkan melafazkan; menyebut
ucapan pidato; sebutan
ulas
mengulas mengupas; mentafsirkan
urus
mengurus membereskan; memelihara;mengatur; mengusahakan; menyelenggarakan;
menyelesaikan
usap
mengusap membelai; mengesat; mengurut
utus
mengutus mengirim
utusan wakil
wajar patut; sesuai
wajib mesti; perlu
waktu kesempatan; ketika; masa; peluang; tempoh
warkah surat
warta amanat; berita; pesanan
watak sifat
watan tanah air
wau layanglayang
YY
yakin pasti; percaya
Zz
zalim bengis; kejam
zaman masa; tempoh
zat unsur
Antonim
· Aa
· abadi sementara
· abai acuh; peduli
· adab - beradap biadap
· ajak mengajak menghalau; mengusir
· alah menang
· alir mengalir bertakung
· am khas; khusus
· aman huruhara; kacaubilau
· amanah curang
· angguk geleng
· mengangguk menggeleng
· asli palsu; tiruan
· arif bodoh; jahil, tolol
· awas cuai;lalai
· atur teratur bersepah;berselerak
· azab nikmat
·
·
· Bb
· bahagia sengsara
· kebahagiaan penderitaan; kesengsaraan
· berbahagia menderita
· bahaya berbahaya selamat
· bakal bekas
· bakhil pemurah
· bangga malu
· membanggakan memalukan
· bangkang membangkang menyokong; mencadangkan
· Bantu membantu membiarkan
· Baring berbaring bangkit; bangun
· baru lama; usang basmi
· membasmi memelihara; mempertahankan
· bawa membawa meninggalkan
· bazir membazir berhemat; berjimat
· membazirkan menghematkan; menjimatkan
· bebas terbelenggu; terikat; terkawal; terkongkong
· membebaskan membelenggu; mengawal;
· mengongkong; mengikat beku cair
· membekukan mencairkan
· belah berbelah bercantuma
· membelah mencantumkan
· bengkalai terbengkalai
· selesai; siap
· berani gentar; takut
· beri memberi menerima
· berkas memberkas melepaskan
· beza berbeza sama; serupa
· biadap beradap; sopan
· bina membina membinasakan; merobohkan; meruntuhkan
· bising senyap; sepi; sunyi
· boros cermat; hemat; jimat
· bujur membujur melintang
· buka membuka menutup
· buncit kempis
·
· Cc
· Cabut mencabut menanam; mencacakkan
· cacat sempurna
· campak mencampakkan
· memungut; mengutip
· cantum bercantum berasing; berpisah
· cedera pulih; sembuh
· cegah mencegah menggalakkan
· cemar bersih
· cerah gelap; kabur
· cerdik bodoh; dungu; tolol
· cermat boros; cuai
·
·
· Ii
· ikhlas curang; pura-pura
· imaginasi kenyataan
· ingkar mengingkari mematuhi; mentaati; menuruti
· isi kulit
· istirahat beristirahat bekerja; bertugas
·
· Jj
·
· jaga tidur
· jahat baik
· jajah menjajah memerdekakan
· terjajah merdeka
· jalan berjalan berhenti
· janda duda
· jasmani rohani
· jaya berjaya gagal; kandas
· jelma menjelma menghilang
· jernih keruh
· jimat boros
· jutawan fakir
·
· Kk
· kabur jelas; terang
· kahwin berkahwin bercerai
· kalah menang
· karam terapung; timbul
· kawan lawan; musuh
· kebal lut
· kejam adil; berperikemanusiaan
· kelu lancar
· kemarau hujan; tengkujuh
· kembali pergi
· kembang kuncup
· kembung kempis
· kencang perlahan
· keras lembik; lembut
· Kerat mengerat menyambung
· keruh jernih
· kesat licin
· ketara kabur; samarsamar
· ketat longgar
· ketua pengikut
· kilau berkilau malap; suram
· kota desa; kampung
· kuala hulu
· kukuh lemah
· kusut kemas; rapi
· kutuk mengutuk memuji; menyanjung
·
· LI
· laba kerugian
· berlaba berugi
· lakilaki perempuan
· lalai awas; waspada
· lanjut singkat lapang
· sempit luang
· melaung berbisik
· lawan kawan; sahabat
· layu segar
· lebar sempit
· lekas lambat
· lekat melekat lekang; tanggal
· lena sedar
· terlena terjaga
· lengang sibuk
· lintang melintang memanjang; membujur
· lokek pemurah
· luas sempit
· lulus gagal
· lunak keras
· lurus bengkok
·
· Mm
· mahal murah
· majikan pekerja
· makan minum
· makmur melarat; meleset
· malang bertuah
· malapetaka tuah
· malas rajin
· maju mundur
· manusia binatang
· marak padam
· masam manis
· masin tawar
· megah aib; malu
· merdu garau; parau; sumbang
· mesra renggang; sombong
· mewah melarat; menderita; miskin
· mirip berbeza; berlainan
· moden kolot; kuno
· muncul hilang; lenyap; lesap
· mungkir
· memungkiri menepati; menunaikan
·
· Nn
· Nafi menafikan mengakui; mengiakan
· Nganga ternganga tertutup
· nipis tebal
· nyata kabur
·
· Oo
· olok
· olokolok sungguhsungguh
·
· padam bernyala
· pahit manis
· pakai memakai menanggalkan
· palsu asli; benar; tulen
· panas dingin; sejuk
· pangkal hujung
· papa kaya
· pasang surut
· patuh ingkar
· payah mudah; senang
· pejam celik pelik
· biasa pendek
· panjang penuh
· kosong perang
· berperang berdamai
· perlahan cepat
· pilu gembira; riang
· pipih bulat
· pisah berpisah bertemu
· pucat berseri; garang
· pulih sakit; tenat
· puncak dasar
· pupus utuh
· pusat cawangan
· putus terputus bercantum; bersambung
·
· Rr
· racun madu; penawar
· rapat jarang; renggang
· rapi berselerak; bersepah
· reda kencang;lebat
· rela enggan
· rendam merendam menjemur
· rindu benci
·
· SS
· sah batal
· sakit sembuh
· saksama zalim
· sama berbeza; berlainan
· sangkal menyangkal mengakui; mengiakan; mengikut; menurut
· sangsi yakin
· sayang benci
· sedar lalai; pengsan
· sedih gembira
· sedut menyedut menghembus
· segar layu
· selesai terbengkalai; terhenti
· senyap bising; riuh sepi bising; riuh setia derhaka simpan
· menyimpan membuang
· sokong menyokong membangkang; membantah
· sombong ramah
· sopan biadap
· sukacita dukacita
· surai bersurai berhimpun
· surut pasang
· susun bersusun berselerak; bersepah
· syak percaya; yakin
· syurga neraka
·
· Tt
· taat derhaka
· mentaati menderhaka
· tajam tumpul
· takut berani
· tampan hodoh
· tangkap menangkap melepaskan
· tanya bertanya menjawab
· tarik menarik menyorong
· tawan menawan membebaskan
· tegak condong
· tegang kendur
· tegah menegah membenarkan; menyuruh
· tekun malas; sambil lewa
· telan menelan meluahkan
· tenggelam timbul
· tenteram bimbang; kacau; risau
· tewas menang
· timbus menimbus menggali; mengorek
· tulen palsu; tiruan
· tunggal banyak; jamak
· tutup menutup membuka
Kata Pangkal ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di pangkal ayat sebagai penghubung dalam ayat.
maka
alkisah
Hatta
arakian
syahdah
adapun
bermula
Kalakian
Contoh
1. Maka permaisuri pun bersiramlah di perigi itu.
2. Hatta datanglah seorang ahli menghadap tuan puteri.
3. Adapun padang itu tersangatlah luas, saujana mata memandang.
1. JENIS SOALAN UNTUK MEMBINA AYAT - Soalan 4a-
a) Membina ayat daripada kata ganda, misalnya: baring-baring, agar-agar, jejentik, desas-desus, mati-matian, dan sebagainya. b) Membina ayat daripada kata yang hampir sama maknanya, misalnya: merebus, menggoreng, menanak, memanggang, menjerang, mengukus, dan sebagainya. c) Membina ayat daripada kata dan kata berimbuhan, misalnya: hati, berhati-hati, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, dan sebagainya. d) Membina ayat daripada pasangan kata dan kata ganti seluruh, misalnya: tua-tua, jarang-jarang, angkut-angkut. e) Membina ayat daripada pasangan kata homograf, misalnya: bela, rendang, semak, sepak, dan sebagainya. f) Membina ayat daripada pasangan kata berimbuhan, misalnya: perjawatan, menjawat, penjelasan, menjelaskan, g) Membina ayat daripada pasangan kata dan kata majmuk, misalnya: gulung, gulung tikar, pecah, pecah rumah, lalu, lalu lintas. h) Membina ayat daripada pasangan kata ganda dan kata berimbuhan, misalnya: bulat-bulat, membulatkan, rata-rata, meratakan, dan sebagainya. i) Membina ayat daripada pasangan kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama bunyinya, misalnya: belot, belut, cocok, cucuk, menonton, menuntun, suluruh, seloroh, dan sebagainya. j) Membina ayat daripada kata banyak makna, misalnya: dahaga (kasih sayang/untuk minum air), keras (suara/objek)
PERHATIAN
1. Jangan bina ayat yang tidak dapat membezakan makna kata yang diberikan. Sekiranya ayat anda tidak menunjukkan perbezaan makna, markah tidak akan diberikan. 2. Jangan gunakan pasangan kata yang diberikan dalam satu ayat sahaja. Markah tidak akan berikan untuk jawapan yang sedemikian. 3. Jangan melakukan kesalahan ejaan atau kesalahan tatabahasa. Jika kesalahan seperti itu dilakukan anda tidak akan mendapat markah penuh. 4. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan ketika membina ayat. Jika hal ini dilakukan, 0 markah. 5. Jangan gandakan kata yang diberikan ketika anda membina ayat. Jika dilakukan - 0 markah. 6. Jangan bentuk ungkapan, kiasan, cogan kata, nama khas, atau simpulan bahasa daripada kata yang diberikan. Jika hal ini anda lakukan, markah tidak akan diberikan. 7. Jangan gunakan kata majmuk bagi kata tunggal dalam ayat yang anda bina. Anda tidak akan diberi markah untuk pembinaan ayat seperti itu. 8. Anda tidak akan diberi markah sekiranya anda menulis ayat yang tidak menunjukkan anda faham akan maknanya, misalnya: Saya tidak tahu membina ayat daripada perkataan kawat.
TEKNIK MEMBINA AYAT DARIPADA PERKATAAN BERIMBUHAN
1. Cuba gantikan perkataan dasar dengan perkataan lain yang segolongan dengannya.
Contoh:
Membungakan –( Kata Nama benda) sekiranya digantikan dengan perkataan buku maka terhasillah perkataan yang lebih mudah difahami iaitu membukukan yang bermaksud menjadikan sesuatu itu seperti buku. Misalnya :
Dia membukukan semua surat teman wanitanya untuk dijadikan kenang-kenangan.
Oleh itu kita dapat faham bahawa imbuhan mem…..kan itu membawa makna menjadikan sesuatu seperti kata dasar. Jadi kita boleh membina ayat seperti berikut:
Dia membungakan kertas-kertas kecil yang berwarna-warni itu untuk dijadikan hiasan di meja makan.
INGAT : anda mesti gantikan perkataan yang segolongan dengan kata dasar yang diberikan. Untuk itu anda perlulah mengenal pasti golongan kata bagi perkataan tersebut sama ada Kata Kerja atau Kata Nama, atau Kata Adjektif.
Untuk itu cuba anda sebutkan 5 berkataan (dasar) yang termasuk dalam setiap golongan kata tersebut: 1. Kata Kerja : tidur, …….. 2. Kata Adjektif : tinggi,….. 3. Kata Nama: meja,……
Sekarang cuba bina ayat daripada perkataan-perkataan yang berikut:
1. meletihkan (Adjektif)
2. merapatkan (Adjektif)
3. menidurkan (Kerja)
4. mendudukkan (kerja)
5. pengeboman (nama)
6. pengecatan (nama)
Di samping itu, jangan lupa, binalah ayat yang dapat menjelaskan makna dan penggunaan yang betul. Elakkan penggunaan Kata Nama Khas, simpulan bahasa atau kiasan, dan cuba elakkan juga Kata Majmuk.
Misalnya: Berita itu diisytiharkan melalui media elektronik di seluruh negara ( 1 markah) Sejak peraturan yang baru itu diisytiharkan oleh Pengetua, semua pelajar tidak mematuhinya. (2 markah)
Cuba gunakan Kata Hubung dalam ayat-ayatayat yang anda bina seperti: supaya, untuk, oleh sebab, agar, dan sebagainya.
LATIHAN: Bina ayat daripada perkataan yang berikut supaya jelas menunjukkan anda faham akan maknanya. Lanjut, berlanjutan, melanjutkan, selanjutnya, lanjutan, kelanjutan(ekoran), terlanjut(terlajak), melanjut(berlarutan), berlanjut-lanjut(bersambung-sambung), perlanjutan (persambungan).
2/99 :TEKNIK MENJAWAB SOALAN TATABAHASA BAHASA MELAYU SPM
Soalan 4a : Membina Ayat
Anda mungkin diminta membina ayat-ayat seperti berikut:
1. Membina 1 ayat bagi setiap kata yang diberikan untuk menunjukkan bahawa anda faham akan makna dan penggunaannya.
Contoh: rendang - Oleh sebab cuaca terlalu panas, kami singgah sebentar untuk berteduh di bawah pokok yang rendang itu.
Anda mungkin tidak diberikan markah penuh sekiranya anda menghasilkan ayat-ayat yang tidak menunjukkan anda faham akan makna perkataan tersebut seperti yang berikut:
Contoh: rendang - Pokok kelapa di tepi sungai itu sangat rendang.
2. Membina 1 ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata yang diberikan untuk menunjukkan penggunaan dan perbezaan maknanya.
Contoh: Kebolehan - membolehkan
i. Oleh sebab Zainol mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam bidang sukan, dia telah diterima bekerja sebagai jurulatih pasukan bola sepak negara.
ii. Surat rayuan yang dikemukakan oleh peguam itu telah membolehkan Hasyim dibebaskan dengan ikat jamin.
3. Membina 2 ayat bagi satu kata untuk membezakan maknanya. Contoh: melarat i. Hidup mereka melarat sejak ibu- bapa mereka meninggal dunia sehingga mereka terpaksa mengemis. ii. Kebakaran itu telah melarat ke beberapa buah rumah yang berdekatan dengan tempat kejadian itu.
Perhatian
1. Jangan lakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan. ( potongan setengah markah ) 2. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan. ( 0 markah ) 3. Jangan gandakan kata yang diberikan. ( 0 markah ) 4. Jangan bentuk Kata Nama Khas daripada kata yang diberikan. ( 0 markah ) 5. Jangan gunakan kata yang diberikan sebagai simpulan bahasa atau cogan kata. ( 0 markah ) 6. Jangan bentuk kata yang diberikan sebagai kata majmuk. ( 0 markah )
Untuk mengelakkan penggunaan imbuhan anda bolehlah:
i. Meletakkan perkataan tersebut di permulaan ayat. “Sentuh kulitnya perlahan-lahan dan cuba pujuk dengan suara yang lembut.” Kata Dr Rendra.
ii. Menggunakan ayat larangan. “Jangan sentuh apa-apa sehingga menerima arahan daripada ketua kita.” Kata Sobri kepada Samad.
iii. menggunakan ayat pasif bagi Kata Ganti Nama Orang Pertama atau Kedua. Makanan itu saya sentuh setelah mendapat kebenaran daripada pengawal tersebut.
LATIHAN 1
Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama bunyi tetapi berlainan makna.
1. beradat/ beradab Sudin dikatakan tidak beradat kerana berkahwin dengan Salmah secara senyap-senyap.
Orang yang beradab ialah orang yang bersopan santun dan tidak biadab.
2. hempas/ hampas Dengan perasaan marah buku itu saya hempas dan saya pijak-pijak.
Setelah isi kelapa diperah untuk mendapatkan santan, hampas yang tinggal itu dibuang ke dalam sebuah beg plastik yang besar.
3. golongan/ gulungan Tetamu yang hadir dalam majlis itu terdiri daripada golongan pegawai-pegawai kerajaan.
Gulungan dawai itu disimpan untuk kegunaan membaiki pagar rumah Pak Samad.
4. lengan/ lengang Lengan Abu luka kerana terkena paku ketika cuba membaiki tingkap rumahnya.
Bandar Kuala Lumpur menjadi lengang menjelang tahun baru kerana banyak orang telah pulang ke kampung.
5. resmi/ rasmi Sudah menjadi resmi penduduk di sini bekerja secara bergotong royong setiap kali tiba musim menuai.
Bangunan itu telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri sejak bulan lalu.
6. padan/ pandan Warna baju itu tidak padan dengan warna kulitnya.
Pandan ialah sejenis tumbuhan yang boleh digunakan untuk membuat kuih dan minyak wangi.
7. tabik/ tabib Tabik merupakan satu perlakuan untuk menunjukkan kita menghormati pegawai atasan kita.
Penyakit itu telah dapat disembuhkan oleh seorang tabib dari negeri Jepun.
PANDUAN 1. Bincangkan latihan berikut dengan guru atau rakan-rakan anda 2. Hantarkan jawapan anda menggunakan email untuk diberikan penilaian kepada
LATIHAN 01 Membetulkan Kesalahan Ayat :
Ayat-ayat di bawah mengandungi beberapa kesalahan. Betulkan kesalahan dan tulis semula ayat-ayat itu.
1. Maria bersuamikan dengan seorang jutawan ternama di bidang koperat.
2. Perutnya sakit bila memakan makanan yang basi itu.
3. Pak Abu membeli banyak buah rambutan dari penjaja yang datang berjaja di rumahnya.
4. Surat yang datang dari Dewan Bahasa dan Pustaka itu belum lagi ayah jawab.
5. Dia membaca sambil berbaring.
6. Tidak banyak yang mengetahui susu lembu banyak khasiatnya.
7. Saya bukan berlakon dalam filem yang telah Yusof Haslam arahkan tempoh hari.
8. Beberapa kawasan di daerah ini telah dekenali sebagai sarang penagih-penagih dadah.
9.Keadaan cuaca di negeri Kelantan diramalkan hujan, sedangkan di lain-lain negeri diramalkan cuaca baik sepanjang hari.
10. Berpuluh hektar tanah terbiar di kampung itu telah diusaha oleh pihak FELCRA.
LATIHAN02 Betulkan susunan ayat-ayat di bawah:
1. Bersenam menyihatkan kegiatan badan.
2. Para belia kurang menarik pekerjaan perhatian bersawah padi.
3. Buah nangka untuk isterinya dia mencari.
4. Menonton sudah wayang gambar itu mereka.
5. Murid itu kepada ibunya akan menulis surat.
6. Dia sebagai saya menganggap lawannya.
7. mengakui memenangi peraduan bahawa pemuda itu dia telah mengarang cerpen.
LATIHAN 03 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut:
1. Sekiranya dia tidak datang
2. Mereka tidak dapat mengenal pasti
3. Mereka kelihatan sibuk untuk menyiapkan
4. Kita perlu bertindak segera sebelum
5. Kemalangan itu berlaku kerana
6. Tidak ada sesiapa pun yang tahu bagaimana
7. Dengan tergesa-gesa
8. Sekiranya dia terlambat
9. Walaupun dia sudah berusaha
10. Dia merantau
LATIHAN 04 Betulkan pelbagai kesalahan yang terdapat dalam perenggan yang berikut:
Keadaan bandar kita yang dipenuhkan dengan sampah dan sarap didapati telah mendapatkan per-hatian pihak media. Keadaan ini dikatakan berlaku sebab terdapat segelintir ahli masyarakat kita sendiri yang tidak mempunyai kesedaran sibik. Mereka pentingkan diri sendiri dan mengaggap kerja-kerja pembersih kawasan bandar itu sebagai tanggung jawab pihak pekerja Majlis Perbanda-ran semata.
Namun begitu kita tahu, sekiranya perkara ini dibiarkan. Oleh itu, pihak kerajaan telah berkali melancarkan kempen kebersihan untuk menyedari masyarakat tentang kepentingan mengekalkan alam sekitar yang bersih dan cantik. Masalah ini didapati telah jejaskan industri pelancungan tetapi sekali gus menjejaskan ekonomi negara kita.
Kalau sekiranya, kempen ini mendapat sambutan saya yakin imeg negara kita yang tergugat akan dapat dipulihkan semula. Dalam hal ini kerjasama semua pihak sangat diperlukan.
Friday, June 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)